Wow, aku update blog setahun sekali. Seram juga.
Tapi tahun 2015 adalah tahun yang produktif.
Aku siapkan 7 manuskrip dan 1 sebuah novella.
Walaupun aku tak target tinggi sangat untuk kesemuanya diterbitkan, aku menulis kerana aku mahu menulis.
Sebenarnya, aku tak ada apa-apa nak dibuat selain dari menulis dan membaca. Hidup aku agak hambar sebenarnya.
Oleh itu, aku harap tahun ini aku akan dapat tunaikan beberapa sasaran seperti berikut:
1. Siapkan 12 buah manuskrip (minimum)
2. Bagi ceramah dekat bengkel penulisan.
3. Sedekahkan duit royalti untuk kerja-kerja kebajikan dan tak hebahkannya (susah tu)
4. Berhenti kerja jurutera dan jadi seorang yang lebih tulus dengan kerja (menulis)
5. Kahwin
Yang no. 5 tu rasanya setiap tahun dah mencuba, tapi gagal.
Aku ada girlfriend yang dah 7 tahun bersama tapi kami berada dalam LDR (Long Distance Relationship)
Kami jumpa setahun sekali. Sedih bukan?
Tapi kami dah menyesuaikan diri dengan keadaan tu.
Aku harap tahun ini kami dapat mansuhkan LDR tu dengan getting married.
Living together.
Nah, kalau dia nak kawen la. 3 tahun dah aku propose, kena tolak je. Dia belum bersedia kot.
Aku boleh tunggu tak apa. Lagi lama pun tak apa. Polisi lelaki dalam keluarga aku is setia pada satu.
Sebab tu aku tak pernah ada gf di sini, aku avoid any serious relationship dekat sini.
Sementara menunggu, aku boleh sibukkan diri dengan menulis sebanyak mungkin.
No comments:
Post a Comment