Tuesday, December 23, 2014

Phew 2 years already?

Berapa lama dah aku tak update blog ni? Sejak aku keluar dari Band STS.

Bila tu? Oktober 2012.

Ya, aku pindah Johor duduk kat Masai setahun. Aku jadi pembaca novel tegar, dan dua orang penulis paling aku minat ketika itu,
Haruki Murakami dan juga Paulo Coelho.

Aku kini seorang novelis. Walaupun tak segah Haruki Murakami mahupun Paulo Coelho, aku masih gembira dengan transisi ini.

Jika dilihat dua tahun yang lalu, aku tak pernah sangka aku akan jadi begini.
Aku berhenti main muzik yang telah lama aku perjuangkan dari saat aku berumur 9 tahun.
Aku nak buat band. Sehinggalah aku berumur berapa? 28 tahun.

19 tahun, kawan. Dan usaha aku gagal. Ratusan lagu-lagu yang aku buat kini jadi simpanan dalam arkib otak, yang mungkin takkan aku mainkan secara live lagi sampai bila-bila.

Tapi aku tak sedih sangat. bagi aku talent yang aku miliki ini useless.
Yup, aku multi-instrumentalis, tak payah belajar, observe je dah boleh main alat muzik yang pelbagai.
Aku boleh gubah lirik, boleh buat lagu tanpa perlu gitar, guna imaginasi dah memadai.
Aku boleh menyanyi. Aku boleh menulis novel. Aku boleh gubah puisi.

Dan semua talent ini bagi aku sampah je sebab tak boleh keluarkan aku dari kemiskinan.
Bukan aku tak bersyukur, tapi aku hanya address hakikat.

"Seni dah tak ada harga di mata masyarakat"

Namun aku enjoy writing. Aku tolak tepi dulu isu royalti dapat ke tidak. Kot2 tak dapat tu, biar jelah kot.
Macam tak biasa dulu main muzik tak berbayar. keh keh keh.

Sekurang-kurangnya, menulis novel tak memerlukan aku buang duit, maruah dan nyawa. Cukuplah. At least tu, aku ada lagi channel untuk buahkan kreativiti dalam otak ini tanpa perlu menyusahkan hidup yang dah sekian lama susah ini.

Sekian celoteh jiwa aku yang senantiasa ditimpa duka lara. Chewah ayat. Bajet novelis sastera konon. Pui.

Terima kasih kerana membaca.


Lokman Hakim
Luke

23.12.2014